19 Februari 2017 - 16:41
26 Orang Suspek Bom Kereta Ditahan Di Turki

Pihak berkuasa Turki menahan 26 orang berikutan serangan bom kereta yang mengorbankan dua orang di tenggara, dekat sini, pada Jumaat lalu, lapor agensi berita tempatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Turki menahan 26 orang berikutan serangan bom kereta yang mengorbankan dua orang di tenggara, dekat sini, pada Jumaat lalu, lapor agensi berita tempatan.

Letupan berhampiran kediaman hakim dan pendakwa raya di bandar Viransehir, wilayah Sanliurfa dekat sempadan Syria. Rakaman video menunjukkan letupan itu memusnahkan bangunan dan kenderaan.

Gabenor Gungor, Azim Tuna mengesahkan 26 orang ditahan termasuk pemilik van yang sarat dengan bahan letupan dan diletakkan berhampiran kawasan perumahan kerajaan.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Tuna mengesahkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dalam satu sidang media di bangunan mahkamah berkata, letupan itu membunuh seorang kanak-kanak lelaki, 11, anak kepada kerani mahkamah dan seorang pengawal keselamatan.

Soylu berkata, 11 orang masih dirawat di hospital termasuk isteri pendakwa raya manakala dua mangsa dalam keadaan kritikal. -AP